Kali kedua saya meraikan AidilAdha bersama teman2 di bumi kinanah ini. Saya rasa perayaan yang disambut di sini bertambah2 meriah dari tahun lepas. Mungkin kerana saya berpeluang meraikannya bersama-sama teman-teman yang berasal dari mesir. Terutamanya di perkampungan2 mereka. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Hari-hari di ambang perayaan Aidiladha merupakan satu fenomena sinonim di mesir ini apabila mereka(Org2 mesir) sibuk untuk pulang ke kampung halaman mereka.
Maka tibalah hari yang ditunggu2.
Hari Raya AiidilAdha.
Mula dengan takbir raya bermula 9 zulhijjah. Mengikut pendapat mazhab maliki dan hanafi.
Solat hari raya.
Melapah korban.
-Tahun ini saya kita sebagai 'complete set' sebab kambing, lembu dan unta saya lapah. Nasib tiada kerbau.
Masak Jamuan.
Menghadiri open house.
Teringat satu respon dari seorang sahabat ketika menjelang hari raya pertama
"Jalan2 di Cairo berlecakkan darah korban."-Munawwar
.....................
Dan seterusnya di perkampungan Bani hilal. Terletak di manzalah. Sekitar 40KM dari Bandar Mansurah.
Sebuah perkampungan yang tenang, damai, indah dan nyaman. Wah!! Nikat itu hanya diketahui selepas berada di kaherah selama setahun. Inilah peluang menyedut udara yang segar.
Saya menulis ini bukan kerana mahu berkongsi pengalaman sangat. Tetapi lebih kepada untuk menyimpan cerita ini. Biar ceira ini tersemat dalam blog. Tanpa padam-padam.
Ok.. Seterusnya pengenalan karakter.
Watak utama: Sudah tentu saya. Ini cerita saya!
Watak sampingan 1: Syed Anas
2:Ust Abdullah Husaini (Abg lah)
3: Hanis
4: Hanif
5: Fu'ad Jamil
Watak tambahan.
1: Abd Rahman Fahmi Fahmi (^_^)
2. Abdullah Fahmi Fahmi
3. Hadya
4. Hajar
5. Pak cik tebu
6. Tohir
7. Seisi keluarga Fahmi Fahmi
Mula cerita.
Perjalanan yang disangka 50minit rupanya memakan masa 1jam 30 minit. Oh, Rugi masa disitu.
Sampai-sampai sahaja, kami dilayan seperti 'alien'(Kalau tidak keterlaluan) Maklumlah ramai lagi yang tidak pernah mengetahui ada foreigner di mesir ini. Mungkin sama juga bagi kita bila melihat 'Mat saleh masuk pasar'.
Layanan sungguh istimewa.
Makan Tengah hari. Dijamu seolah2 20 orang yang hadir. Sedang kami cuma 7 orang. Oh!! Memang tak habis. Malah lunyai dibuatnya. Menu: Daging kerbau, ayam, kacang, nasi, roti sup dll.
Kemudian dibawa ke ladang tebu.
Selonggok diberikan. Tapi ye la. Kami ni orang melayu. Setengah batang tebu pon tercungap2 nak habiskan. Hampir-hampir saja gerhang ni nak krem (baca:kejang). Suhu di ladang.. sangat2 lah sejuk.
Seterusnya.
Lepas makan.. makan. Kali ini makan malam. Dalam hati aku berbisik. Padanlah badan orang arab ini besar. Bukan sahaja mereka makan banyak. Malah banyak kali. Kali ini makan malam. Walaupun hanya selang beberapa jam.
Menu: Roti, keju putih yang masin, madu asli dari buhairah, kacang ful, to'miyah... dll. Kali ini saya surrender awal. Perut dan gusi tak larat meneruskan fungsi.
Dan Masa untuk berangkat pulang. Saya diberitahu bahawa adat orang mesir tidaklah ziarah selama beberapa jam. Tetapi paling kurang 3 hari. Kami meminta maaf awal2 tak boleh la nak stay 3 hari.. Banyak lagi kerja. Apakan daya... sepanjang keberadaan kami banyak disisi dengan sesi pujuk memujuk untuk benarkan kami pulang.Sehinggahan Hadya datang berbisik kepada kami.. "Kalau korang pulang, ibu saya akan bersedih".. Teouk dahi.. macam mana nih?.. Pujuk punya pujuk... Akhirnya berjaya. walaupun delay hampir 2 jam. Payah betul depa nak lepaskan kami.
Keseluruhannya kami amat2 berterima kasih atas layanan yang diberikan. Sangat2 menghargai dan menyanjungi. Bila lagi ya nak singgah di Bani Hilal...
Gambar akan di post kemudian.
Read more...